Pada 20 dan 21 Sept 2022, SpaceIn telah menjalankan ‘Training of Trainers’ untuk rakan kolaborasi di Kenya. Seramai 16 orang peserta yang akan menjadi tenaga pengajar untuk bengkel CanSat daripada Nairobi dan Selatan Kenya telah menghadiri latihan ini secara online.
Di hari pertama, peserta didedahkan dengan topik-topik untuk pemahaman asas teknologi satelit yang perlu diajar kepada pelajar. Mereka juga didedahkan dengan cara-cara mengendalikan bengkel dan pertandingan CanSat untuk pelajar sekolah menengah.
Hari kedua merupakan sesi praktikal yang mana peserta mempelajari pemasangan, pengekodan dan pengujian CanSat. Walaupun sesi ini dijalankan secara online, namun peserta tetap bersemangat menghabiskan bengkel ini.
Kami berharap dapat menjalankan bengkel yang sama lebih banyak lagi di Malaysia. Semoga suatu hari nanti kami boleh bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia .