16 Jun 2022 – Para srikandi Spacein Sdn. Bhd telah menyertai ekspo pameran keusahawan & inovasivdi Konvensyen Keusahawanan Teknikal Wanita 2022 bersempena minggu TVET negara pada 15-16 Jun 2022. Konvensyen yang berlangsung di Dewan Canselor, Kampus Induk UTeM ini bertemakan ‘Usahawan Teknikal Wanita: Penjana Kemakmuran’, di mana ia menjadi wadah kepada golongan wanita untuk mempelajari bidang keusahawan teknikal daripada pakar dalam bidang tersebut. Spacein Sdn Bhd ditubuhkan oleh tenaga pakar pensyarah USM Space System Lab yang rata-ratanya adalah wanita. Bertepatan dengan tema konvensyen, adalah diharapkan lebih ramai golongan wanita akan menceburi bidang TVET dan menjadi usahawan teknikal yang mampu meningkatkan ekonomi keluarga dan turut menyumbang kepada kebajikan, kesejahteraan dan kemakmuran negara.